Saturday, July 7, 2012

cerpen: Iman Syahmi


"Anugerah Pelajar Contoh tahun ini dianugerahkan kepada....,"kata-kata pengerusi majlis terhenti seketika menyebabkan hati semua yang hadir berdebar-debar.  "Mohd Iman Reza bin Shamsul!" sejurus selepas namanya diumumkan, Iman bingkas bangun dan berjalan menuju ke pentas diiringi dengan bunyi paluan kompang dan tepukan yang gemuruh oleh tetamu yang hadir.  Iman bersalaman dengan pengetua sekolah, Encik Arif bin Safuan dan mengucup tangannya.  Hadiah bertukar tangan.  Jurugambar yang hadir tidak melepaskan peluang untuk merakamkan saat-saat indah ini.


******

  "Syahmi, kenapa semalam kau tak datang?" soal Iman kepada rafik baiknya.  "Aku tak sihatla.  Kau jangan la kecil hati, aku bukan sengaja tak datang.  Aku memang nak datang tapi mak aku tak bagi.  Lagipun kan setiap tahun kau naik pentas.  Hari anugerah yang akan datang aku aku janji aku datang.  Kau jangan la merajuk, nanti aku tak ada kawan," pujuk Syahmi.  "Kau janji tau," "Ya kawan aku janji,"kata Syahmi meyakinkan Iman.

******

  Tiba-tiba, telefon binbit Iman bergetar.  Punat hijau di tekan lalu Iman pun menjawab panggilan tersebut setelah melihat nama Syahmi yang tertera di skrin telefonnya.  Mereka saling bertukar salam pada awal bicara lalu Syahmi memulakan perbualan, "Man, kau free tak malam ni? Aku ingat nak ajak kau keluar malam ni.  Ada Karnival Islam kat bandar, kau nak ikut tak?" ajak Syahmi.  "Aku bukan tak nak pergi, tapi malam ni aku ada hal.  Mintak maaf kawan.  Aku dah lambat ni, aku pergi dulu.  Jumpa esok kat sekolah.  Assalamualaikum," jawab Iman tergesa-gesa.  Belum sempat Syahmi menyambut salam Iman, Iman sudah terlebih dahulu memutuskan talian.  Kemudian, Syahmi pun menelefon, Lokman, jirannya yang duduk berhampiran dengannya lalu diajaknya ke karnival tersebut.  Pelawaan diterima tanpa banyak bicara.  Syahmi brsyukur kerana dipermudahkan urusan.

  Karnival tersebut berlangsung dengan jayanya.  Pelbagai ilmu baru yang telah mereka peroleh.  Dalam perjalan pulang ke rumah, Syahmi dan Lokman seronok bertukar-tukar cerita tentang Islam.  Tiba-tiba, sekumpulan penunggang motosikal yang sedang berlumba lalu di sebelah mereka berdua.  Lokman yang sedang asyik bercerita taba-tiba terdiam dan berkata, "Syahmi, cuba kau tengok sana.  Itu motor Iman kan?" Syahmi pun terus memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Lokman "Ya Allah, kawan aku,"

******

  Semasa di sekolah, Syahmi hanya mendiamkan diri dan belajar tanpa menghiraukan Iman di sebelahnya.  Iman berasa sangat hairan.  "Kring! Kring! Kring!" loceng sekolah telah berbunyi menandakan waktu pembelajaran baru sahaja tamat.  Syahmi pun terus mengemas barangnya dan terus beredar dari situ.  Iman semakin hairan lalu dia terus menghalang Syahmi sehingga membuat Syahmi terhenti.  "Apa kau nak?" soal Syahmi dengan nada yang marah.  "Kau kenapa ni, Mi? Apa salah aku? Kau sakit ke?" bertalu-talu soalan diajukan namun tidak diendahkan lalu Syahmi pun beredar dari situ tetapi berjaya dihalang.  "Syahmi, kau kan kawan aku, kenapa kau buat aku macam ni?" ujar Iman lagi dengan nada yang sedih.  "Hei Iman, kau sedar tak kau dah buat salah? Kau sedar tak?" marah syahmi.  "Apa yang aku dah buat?" soal iman kebingungan.  "Kau pergi mana malam tadi?" soal Syahmi dengan muka yang merah padam.  "Aku...aku...,"  "Kau merempit kan?" belum sempat Iman menghhabiskan kata-kata Syahmi sudah terlebih dahulu memintasnya.  "Aku ...aku....aku saja je nak...nak release tension," jawab Iman tergagap-gagap.  "Dari mana kau belajar? Iman kau kan pelajar contoh sekolah.  Mesti kau boleh fikir.  Nak release tension bacalah Al-Quran.  Ni yang kau pergi merempit malam-malam buta tu apa yang kau dapat? Iman, aku sayang kau.  Aku tak nak kehilangan kau.  Kau tahu kan merempit tu bahaya," pujuk Syahmi lalu mendakap kawannya dengan erat.  Iman terdiam.  Dia keliru untuk memilih sama ada mahu berhenti berlumba ataupun meneruskannya.

******

  Pada malam itu, Iman nekad untuk keluar menyertai perlumbaan di bandar.  'Maafkan aku, Syahmi. Ini yang terakhir.  Selepas ini aku akan tinggalkan semua ni,' kata Iman di dalam hati.  Topi keledar merah yang terletak di atas rak kasut dipakai dan enjin motor RX-Z merah dihidupkan.  Deruan bunyi motor jelas kedengaran memecahkan kesunyian malam.  Kemudian, Iman pun keluar dari halaman rumah dan terus memecut laju menuju ke bandar.

  Sesampainya di sana Iman di sorak oleh penyokongnya.  "Amacam bro, nak taruh berapa?" soal pengadil perlumbaan tersebut.  "Dua ratus boleh?" soal Iman inginkan kepastian.  "Boleh, tak ada masalah," jawab pengadil tersebut.  Iman pun menyeluk sakunya dan mengeluarkan sejumlah wang lalu dihulurkan kepada pengadil tersebut.  Wang telah pun bertukar tangan.  "Bro, malam ni kau kena lawan dengan anak buah Geng Kapak.  Aku tau kau menang.  Jamgan malukan aku.  Ingat!" kata ketua Geng Naga memberi amaran.  Iman hanya mengangguk tanda faham.

  "Iman! dah nak mula ni," jerit pengadil tersebut.  Iman pun terus menghidupkan enjin motor dan terus mengambil tempat di sebelah seorang penunggang motosikal yang tidak di kenali.  Seorang perempuan yang berpakain ketat datang ke arah mereka berdua lalu berdiri di antara Iman dan penunggang yang mewakili Geng Kapak.  Kedua tangannya diangkat tanda sedia.  Bunyi deruan motor  sudah mula kedengaran tanda kedua-dua penunggang sudah bersedia.  Lima saat kemudian, perempuan tersebut menurunkan tangannya tanda perlumbaan dimulakan.  Dengan pantas, Iman memecut laju tanpa menghiraukan saingannya itu.

  Semasa dalam perlumbaan, entah kenapa bayangan wajah Syahmi kelihatan dan Iman cuba menepis agar dia boleh fokus pada jalanraya.  'Syahmi, aku janji.  Ini yang terakhir,' desis hatinya.  Tanpa Iman sedari, saingannya tadi sudah berada di sebelahnya.  Iman pun menambah kelajuan tetapi berjaya dipotong oleh saingannya itu.  Semasa Iman cuba untuk memecut lagi, tiba-tiba saingannya itu menendang motornya lalu Iman hilang pertimbangan lalu terlanggar pembahagi jalan.  Iman terpelanting jauh dari motornya.  Saat itu, kepalanya terasa sangat sakit.  Pandangan matanya mula kabur.  Iman cuba untuk bangun tetapi badannya semakin lemah dan akhirnya dunia hilang dari pandangan mata.


******

      Walaupun sudah larut malam, Syahmi masih belum tidur kerana sedang asyik menelaah pelajaran.  Tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering.  Setelah membaca nama yang tertera di skrin telefon, punat hijau di tekan dan kedengaran suara orang yang sedang menangis.  "Syahmi, ni Mak Usu," kata ibu Iman, Puan Sofia sambil menangis tersedu-sedu.  "Ada apa ni Mak Usu?" soal Syahmi kehairanan."Iman masuk hospital.  Dia kemalangan," jelas Puan Sofia.  "Innalillahhiwainnailaihirajiun.  Mak Usu tunggu kat sana sekejap lagi saya datang," walaupun dalam keadaan terkejut Syahmi tetap cuba tenang agar dia bisa menangkan hati ibu saudaranya itu.   Tambahan pula, bapa saudaranya, Encik Azam kini sedang bertugas di London.

  Syahmi pun terus berjumpa kedua ibu bapanya, Encik Razali dan Puan Ani yang sedang menonton televisyen di ruang tamu lalu Syahmi pun menceritakan apa yang telah berlaku terhadap Iman.  Kemudian, mereka semua terus bersiap dan terus menuju ke hospital dengan menaiki kereta BMW biru.  Sepanjang perjalanan ke hospital mereka tidak putus-putus berdoa agar Iman selamat.

  Sesampainya di sana,  mereka bertiga terus mendapatkan Puan Sofia yang masih menanti di ruang menunggu wad kecemasan sambil menangis teresak-esak.  "MakUsu, Iman macam mana?" soal Syahmi penuh kerisauan.  Puan Sofia hanya mampu menggeleng tanda tidak tahu akan keadaan anaknya.  Tiba-tiba, daun pintu wad kecemasan dikuak dari dalam dan seorang doktor keluar dari dalam bilik tersebut.  "Ini keluarga Iman Reza ke?" soal doktor tersebut.  "Ya.  Macam mana keadaan anak saya, doktor?" soal Puan Sofia.  "Alhamdulillah, keadaan dia stabil.  Tetapi, disebabkan hentakan yang kuat di kepala, mungkin perkembangan otaknya juga mungkin akan sedikit terganggu.  Dia juga mengalami kecederaan di seluruh anggota badan.  Tetapi, alhamdulillah dia tiada keretakan tulang.  Buat masa sekarang ini, dia masih koma.  Harap Puan dapat bersabar.  Saya minta diri dulu," jelas doktor tersebut panjang lebar lalu beredar dari situ.  Air mata Puan Sofia mengalir laju membasahi pipi gebu miliknya.  Air matanya diseka oleh Encik Razali lalu dia pun berkata, "Adik janganlah menangis.  Abang yakin Iman tak apa-apa.  Kita sama-sama doa ya," pujuk Encik Razali.  "Adik nak jenguk Iman tak?" soal Puan Ani.  Puan Sofia hanya mampu mengangguk tanda setuju.

   Pintu wad 320 dikuak dari luar lalu mereka berempat pun melangkah masuk ke dalam wad tersebut.  Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat tubuh Iman berbalut di sana sini.  Di badannya juga terdapat pelbagai wayar dan tiub bagi membantu menyalurkan ubat dan bagi memudahkan doktor memeriksa keadaannya nanti.  Mukanya juga bercalar-balar.  Bertambah pilu hati puan Sofia apabila mengenangkan nasib anaknya.  Air mata yang keluar semakin laju mengalir keluar.  Mata Puan Sofia semakin sembab akibat terlalu lama menangis.  Kemudian, Puan Sofia duduk di sisi katil Iman.  Syahmi pula diam membisu seribu bahasa.  Dia tidak sangka Iman merempit lagi.  'Ya Allah, kau selamatkanlah Iman.  Aku sayang dia, Ya Allah.  Kalau perlu kau gantilah dia dengan aku, Ya Allah,' doa Syahmi di dalam hati.


******

  Hari demi hari berlalu pergi.  Sudah sebulan berlalu, namun Iman masih belum sedar.  Semua orang terasa kehilangan, begitu juga dengan Syahmi.  Hidupnya terasa kosong tanpa Iman di sisinya.  Tiada lagi tempat untuk dia bergurau senda dan berkongsi suka dan duka.  Setiap hari sebelum tidur, Syahmi berdoa agar esok apabila dia datang ke sekolah, Iman menantinya di dalam kelas.  Namun semua itu hanya mimpi yang dia rasa sukar untuk menjadi kenyataan.

  Kekosongan yang Syahmi rasai menyebabkan penyakit Syahmi datang kembali.  Dia cuba untuk kuat agar dia dapat berada di sisi Iman semasa Iman sedar dan bersamanya seperti sedia kala.  Namun, dia tidak berjaya.  Badan yang dulunya kuat kini tidak mampu berjalan.  Penyakit barah hati yang dihidapinya semakin parah.  Setiap hari dia di bawa berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.  Namun, apakan daya.  Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh Encik Razali dan Puan Ani, Syahmi pergi menghadap Ilahi.  Walaupun sedih akan pemergian anak tercinta, pasangan ini redha dengan ketentuan-Nya.

******

  Dua hari setelah pemergian Syahmi, akhirnya Iman pun sedar dari koma.  Matanya yang pada mulanya kabur kini bisa melihat dengan jelas setelah dikelip beberapa kali.  "Mama, Pak Long, Mak Long, mana Syahmi?" soal Iman lemah.  Matanya melilau mencari kelibat Syahmi namun tidak kelihatan.  "Syahmi pergi tuisyen.  Kalau dia tak sibuk nanti Pak Long bawa dia jumpa kamu.  Iman rehat dulu ya," jelas Encik Razali merahsiakan perkara sebenar.  Walaupun hatinya sedih kerana kehilangan satu-satunya anak kandungnya, namun dia gagahkan jua dirinya demi Iman, anak saudara tunggalnya.

******

  Sembilan hari kemudian, doktor membenarkan Iman pulang ke rumah.  Pada hari itu, Encik Razali membayar semua kos rawatan Iman manakala Puan Sofia dan Puan Ani mengemas barang Iman.  Setelah selesai proses pembayaran, Encik Razali pun datang ke wad 320 lalu membantu isteri dan adiknya mengemas barang.  Semasa sedang mengemas, Iman bertanya, "Mana Syahmi, kenapa dia tak datang jenguk Iman.  Penat Iman tunggu.  Dia dah lupakan Iman ke?"  "Syahmi ada, nanti Pak Long bawa Iman jumpa dia," jawab Encik Razali.  Puan Sofia dan Puan Ani saling berpandangan.  Masing-masing risau akan keadaan Iman nanti.  Tetapi mereka yakin Encik Razali tahu apa yang dia lakukan.

  Dalam perjalanan mereka semua hanya mendiamkan diri.  Hanya suara DJ radio Sinar.fm kedengaran. Tidak tergambar bagaimana respon Iman apabila dia mengetahui perkara yang sebenar.  "Pak Long, jauh lagi ke?"  soal Iman tanda tidak sabar.  "Dah nak sampai," jawab Encik Razali ringkas.  Lima minit kemudian, kereta BMW yang dipandu oleh Encik Razali berhenti di hadapan sebuah tanah perkuburan.  Iman berasa begitu hairan mengapa bapa saudarnya berhanti di sini.

  "Iman, jom turun,"ajak ibunya.  Mereka berempat pun keluar dari perut kereta lalu terus melangkah ke sebuah pusara yang masih merah tanahnya.  Bunga yang di tabur di atas pusara juga kelihatan masih baru.  Iman tertanya-tanya milik siapakah puasara yang terdapat di hadapan matanya lalu dia pun terus membacanya nama yang terdapat di batu nisan tersebut.  "Mohd Syahmi bin Razali.  Ya Allah, kawan aku," kaki Iman terasa lemah dan Iman terduduk di atas tanah.  Air mata yang keluar mengalir laju membasahi pipinya.  Tidak dapat dia bendung rasa sedih di dalam hatinya.  Tangannya menumbuk-numbuk tanah tersebut.  "Syahmi, aku minta maaf.  Aku...aku menyesal tak dengar cakap kau.  Syahmi, kenapa kau pergi dulu.  Aku teringin sangat nak jumpa kau.  Aku rindu sangat nak dengar suara kau.  Kau tahu kan aku tak boleh hidup tanpa kau.  Syahmi...," raung Iman.  Dia tidak sangka semua ini akan berlaku.  Kalau dia tidak merempit dulu pasti dia masih bisa lihat Syahmi di hadapan matanya. Namun, penyesalannya kini sudah tidak berguna.  Syahmi sudah pergi menghadap Ilahi.

  Puan Sofia mengusap-usap bahu Iman.  "Iman, sudah la.  Yang dah pergi biarkan dia pergi.  Kita yang masih hidup ni kena lah teruskan kehidupan," nasihat Puan Sofia kepada anaknya.  "Iman, ni Syahmi ada pesan kat Mak Long.  Kalau jadi apa-apa pada dia, dia suruh Mak Long bagi surat ini pada Iman.  Iman baca ya," kata Puan Ani sambil menghulurkan sepucuk surat.  Surat bertukar tangan lalu Iman pun membuka lipatan surat tersebut dan didalamnya terdapat sekeping gambar Iman dan Syahmi semasa bercuti di Disneyland.  Bertambah pilu hatinya apabila terkenangkan memori bersama arwah.  Kemudian. Iman pun membaca isi warkah tersebut.

_______________________________________

Assalamualaikum, kawan.

Aku harap kau sihat.  Mungkin saat kau baca surat aku ni, aku dah pun tinggalkan alam ni.  Kau jangan la sedih.  Maafkan aku sebab tak dapat lawat kau hari-hari.  Dulu, masa kau mula-mula masuk wad hari-hari aku datang jenguk kau.  Hari-hari aku tunggu kau bangun tapi kau tak bangun pun.  Aku kesunyian Iman.  Aku tak dapat bayangkan macam mana kalau kau tak ada.  Lama-lama, aku jatuh sakit.  Hari-hari aku doa agar aku ada kat sisi kau masa kau sedar.  Tapi aku tahu semua tu mustahil akan berlaku sebab kau cedera teruk kat kepala.  Sebab tu aku tulis surat ni untuk kau.  Walaupun aku tak dapat jumpa kau tapi aku yakin kau akan dapat baca surat aku ni.  Aku nak kau janji dengan aku yang kau tak akan merempit lagi.  Lagi satu, aku nak kau belajar rajin-rajin.  Nanti kau dapat hadiah lagi.  Aku tahu kau boleh buat.  Kau kan pelajar pintar. :) Kawan, aku minta maaf sebab aku tak dapat tunaikan janji aku untuk tengok kau naik pentas.  Maafkan aku...Iman, kalau kau ada masalah ingat Allah banyak-banyak.  Jangan lupa kenangan kita bersama kawan.  Kalau kau rindu aku, kau sedekahkan Al-Fatihah untuk aku tau.  Wassalam...

Salam perpisahan,
Syahmi Razali 

_______________________________________

  "Syahmi, aku sayang kau," kata Iman sambil merapatkan surat dan gambar tersebut ke dadanya.  "Aku janji akan buat apa yang kau pesan, Syahmi," sambungnya lagi.

-TAMAT-




  

2 comments: